Anak saudara George Floyd cedera ditembak - Utusan Malaysia

Anak saudara George Floyd cedera ditembak

ARIANNA DELANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOUTH HOUSTON: Anak saudara perempuan George Floyd yang berusia empat tahun cedera selepas ditembak ketika tidur di rumahnya dalam satu serangan tengah malam kelmarin.

Arianna Delane mengalami kecederaan parah akibat tembakan itu, namun keadaannya stabil dan dijangka boleh pulih dalam tempoh tertentu.

Setakat ini, polis tidak mendedahkan motif serangan atau menjelankan butiran mengenai insiden itu.

Namun, keluarga kanak-kanak itu memaklumkan mereka tahu siapa yang melepaskan tembakan dan menyifatkan insiden itu sudah lama dirancang.

Ketika kejadian tembakan itu berlaku, terdapat enam orang di dalam rumah tersebut dengan Arianna berada di atas katil.

Bapanya, Derick Delane memberitahu, anak perempuannya itu datang ke arahnya dan memberitahu dia cedera ditembak.

“Pada mulanya saya agak keliru dengan apa yang disampaikannya sehingga saya melihat darah keluar dari badannya.

“Kami segera membawanya ke hospital dan kini keadaannya semakin baik,” katanya.

Kisah kematian Floyd pernah meraih perhatian di seluruh dunia apabila dia meninggal dunia ketika ditahan polis pada 25 Mei 2020.

Ketika itu, seorang anggota polis, Derek Chauvin melutut atas leher Floyd selama sembilan minit sehingga dia sesak nafas dan meninggal dunia.

Floyd ditahan kerana didakwa menggunakan duit palsu untuk membeli rokok di kedai runcit.

Selepas menjalani proses perbicaraan yang panjang, Chauvin akhirnya didapati bersalah kerana menyebabkan kematian Floyd dan keputusan itu disambut gembira oleh pelbagai pihak di seluruh dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya