ACEH: Penduduk Aceh terkejut apabila air parit di Desa Meunasah Ranto, Lhoksukon, Aceh Utara bertukar menjadi warna merah.
Sedangkan, pada mulanya air di parit tersebut jernih dan kelihatan tenang seperti biasa, lapor Kompas.com.
Disebabkan itu, pihak polis terpaksa memasang garis pembatas agar penduduk tidak mengambil air tersebut.
Seorang penduduk, Juandi memberitahu air parit itu berubah menjadi warna merah seperti ‘darah’ sekitar waktu petang.
Juandi mengesyaki perubahan tersebut berkemungkinan berpunca dari warna cat kerana kebiasaannya cat mengandungi minyak dan melekit ketika dipegang.
“Ini baru pertama kali berlaku. Kita tidak tahu puncanya dan melaporkan kepada pihak polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Kesihatan Daerah Aceh Utara, Mahzar meminta penduduk tidak menyentuh air tersebut.
Katanya, pasukan perubatan dengan kerjasama pegawai alam sekitar sudah mengambil sampel air tersebut untuk dibawa ke makmal.