70 warga Korea Selatan positif Covid-19 selepas hadiri pameran CES - Utusan Malaysia

70 warga Korea Selatan positif Covid-19 selepas hadiri pameran CES

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Kira-kira 70 warga Korea Selatan yang menghadiri Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2022 di Las Vegas pada minggu lalu, dilaporkan dijangkiti Covid-19.

Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan mengesahkan perkara tersebut.

Menurut sumber industri, individu berkenaan antara lain terdiri daripada eksekutif dan kakitangan dari beberapa syarikat terkemuka di Korea Selatan.

Jelas sumber itu, kira-kira 20 orang dari syarikat Samsung Electronics dan enam pekerja SK Group merupakan antara mereka positif Covid-19 selepas menghadiri CES.

Hyundai Heavy Industries memaklumkan enam pekerjanya yang menghadiri CES dijangkiti Covid-19 semasa berada di Amerika Syarikat (AS) dan mereka telah dikuarantin.

Jelas syarikat itu, ada beberapa pekerjanya sudah dibenarkan keluar selepas menjalani kuarantin.

Dilaporkan, kira-kira 340 syarikat Korea Selatan mengambil bahagian dalam pameran CES itu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya