70 pendaki terkandas di Gunung Rinjani - Utusan Malaysia

70 pendaki terkandas di Gunung Rinjani

PEMANDANGAN Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOMBOK: Seramai 70 pendaki terkandas di Gunung Rinjani, Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat selepas melakukan pendakian sejak akhir tahun 2021.

Lapor Kompas.com, insiden tersebut menyebabkan beberapa pendaki jatuh sakit, pengsan dan diserang hiportemia.

Susulan itu, Ketua Polis Lombok Timur, Artanto, menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek yang bekerja dengan agensi pelancongan tersebut yang membawa kesemua pendaki tersebut.

Katanya, pihak polis turut mengambil kenyataan daripada beberapa saksi termasuk pendaki yang menjadi mangsa.

“Tujuan siasatan bagi mengenal pasti lokasi permulaan sekumpulan pendaki kitu memasuki kawasan tersebut.

“Kita juga bekerjasama dengan pejabat Taman Negara Gunung Rinjani,” katanya.

Disebabkan kejadian itu, Artanto meminta kepada semua pendaki supaya lebih memahami prosedur pendakian sebelum menjalani aktiviti tersebut.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya