224 spesies haiwan baharu dikenal pasti di Mekong - Utusan Malaysia

224 spesies haiwan baharu dikenal pasti di Mekong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pokok buluh tahan kemarau dan seekor monyet yang dinamakan sempena nama gunung berapi merupakan antara 224 spesies baharu yang ditemukan di wilayah Greater Mekong pada tahun 2020.

Penemuan itu didedahkan dalam laporan yang dihasilkan Tabung Hidupan Luar Dunia (WWF).

Selain itu, cicak tokek batu, pokok mulberi dan katak berkepala besar juga merupakan antara spesies baharu yang ditemukan di kawasan tersebut.

Penemuan itu mengejutkan pelbagai pihak selepas habitat haiwan di kawasan itu hampir ‘hilang’ akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.

Monyet dari spesies Popa langur yang namanya diambil sempena gunung berapi Popa merupakan satu-satunya haiwan mamalia ditemukan di kawasan berkenaan.

Haiwan itu ditemukan berdasarkan pemadanan gen dengan sejumlah tulang yang dikumpulkan oleh Muzium Sejarah Semula Jadi Britain sejak lebih sedekad lalu.

Penemuan 224 spesies baharu itu menunjukkan kepelbagaian biodiversiti di Mekong yang merangkumi Thailand, Myanmar, Laos, Kemboja dan Vietnam.

Dengan penemuan baharu itu, para saintis sudah mengenal pasti lebih 3,000 spesies baharu di rantau tersebut sejak 1997. – AGENSI

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya