19 maut kebakaran kondominium di New York - Utusan Malaysia

19 maut kebakaran kondominium di New York

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sekurang-kurangnya 19 maut termasuk sembilan kanak-kanak dan puluhan cedera dalam kebakaran di sebuah bangunan kediaman di New York City.

Datuk Bandar New York City, Eric Adams mengesahkan 19 orang maut dalam insiden itu yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan semalam di kondominium Twin Parks di kawasan Bronx.

Bangunan kediaman setinggi 19 tingkat itu merupakan unit perumahan mampu milik dan menempatkan sebahagian besar komuniti yang berasal dari Gambia.

“Insiden yang berlaku amat menyedihkan dan menjadi detik paling menyakitkan buat semua penduduk New York,” kata Adams.

Terdahulu, pihak berkuasa memaklumkan seramai 32 orang dimasukkan ke hospital dengan kecederaan parah, selain 60 cedera akibat kebakaran tersebut.

Kebakaran itu dilaporkan bermula daripada sebuah alat pemanas elektrik mudah alih yang diletakkan dalam bilik di satu daripada unit rumah di bangunan berkenaan. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya