BANGKOK: Sekurang-kurangnya 13 letupan dilancarkan oleh pengebom di sebuah bandar di Narathiwat, selatan Thailand, semalam.
Lapor Reuters, selepas pengepungan dilakukan selama 20 jam di wilayah berdekatan, pihak polis berjaya membunuh dua suspek yang melancarkan serangan itu dalam serbuan berasingan.
Serangan ganas itu berlaku seminggu selepas pihak kerajaan menganjurkan dialog mengenai insiden melibatkan penduduk minoriti Melayu-Islam di selatan Thailand.
Pihak berkuasa memaklumkan mereka cuba berunding dengan suspek sebelum menyerbu masuk sebuah rumah di kawasan itu.
Serbuan itu menyebabkan seorang polis bantuan cedera dan dua suspek terbunuh.
Dalam kejadian berasingan, Jurucakap Timbalan Polis, Kissing Phathanacharoen berkata, seorang suspek mengalami kecederaan selepas 13 letupan menggegarkan Yala, Jumaat lalu.
Kebanyakan letupan berlaku di kawasan jalan di hadapan kedai serbaneka, kedai, pasar, hospital veterinar dan bengkel kereta.
Pihak polis menemukan sekurang-kurangnya tiga bom yang belum meletup yang dibuat dari botol penyembur dan paip besi dengan alat pengira masa yang dilekatkan.
Pihak polis mengesyaki letupan itu bertujuan menyebabkan lebih banyak kerosakan dan kecederaan berlaku.