LA PAZ: Sekurang-kurangnya 11 orang maut selepas sebuah bas jatuh ke dalam gaung sedalam 400 meter di Bolivia.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan jumlah sebenar penumpang yang berada di dalam bas tersebut.
Dilaporkan, bas itu dalam perjalanan menuju ke pusat bandar Cochabamba.
Menurut ketua trafik, Rensso Elwis Mercado, pemandu bas itu antara mangsa yang terselamat dalam kejadian tersebut.
“Pemandu bas itu boleh membantu kami menjelaskan situasi yang berlaku,” kata Mercado.
Jelas Mercado, pihaknya sedang menyiasat punca kemalangan itu.
Tambahnya, seorang kanak-kanak antara mangsa yang maut manakala dua lagi dimasukkan ke hospital. – AFP