1,000 rumah musnah dijilat api di Colorado - Utusan Malaysia

1,000 rumah musnah dijilat api di Colorado

ANGGOTA bomba memadam kebakaran di kawasan kediaman yang musnah dijilat api di daerah Boulder dan Denver, Colorado.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLORADO: Seramai tiga orang dilaporkan masih hilang dan dikhuatiri mati selepas kebakaran hutan melanda dua bandar di daerah Boulder dan Denver sejak pagi Khamis lalu.

Lapor The Guardian, bencana alam itu menyebabkan ribuan mangsa terpaksa berpindah selepas hampir 1,000 kediaman musnah dijilat api.

Pihak berkuasa memaklumkan, tiada sebarang laporan mengenai kematian atau kehilangan penduduk diterima susulan kebakaran yang melanda kawasan metropolitan tersebut.

Tiupan angin selaju 160 kilometer sejam menyebabkan api merebak ke arah timur ke pekan Superior dan Louisville sehingga menyebabkan kedua-dua komuniti di sana dipindahkan.

Dalam tempoh dua jam, api yang marak itu menyebabkan kawasan seluas 2,400 hektar hangus terbakar.

Sheriff daerah Boulder, Joe Pelle berkata, tiga mangsa yang dipercayai hilang itu tinggal di kawasan rumah yang musnah akibat kebakaran.

Asap masih boleh kelihatan di jalan-jalan yang disekat oleh tentera pengawal kebangsaan di Humvees di kawasan yang musnah akibat kebakaran.

Salji setebal lapan inci dan suhu sejuk semalaman menambah kesengsaraan ratusan penduduk Colorado yang berusaha menyelamatkan sisa rumah mereka yang hangus terbakar.

Kebakaran hutan luar biasa itu berlaku berikutan musim gugur yang sangat kering dan musim sejuk dengan tiupan angin yang kuat.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengisytiharkan kebakaran itu sebagai bencana dan pakar memberi amaran krisis iklim dan pembangunan di kawasan pinggir bandar menjadi punca kemusnahan tersebut.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya