Warga Melayu tertua di Singapura meninggal dunia - Utusan Malaysia

Warga Melayu tertua di Singapura meninggal dunia

KASSIM Sultan (depan, tiga dari kiri) meninggal dunia pada usia 101 tahun. - BAHRIN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kassim Sultan iaitu seorang warga emas yang dipercayai merupakan penduduk Melayu tertua di Singapura meninggal di rumah anaknya kira-kira pukul 3.40 petang semalam.

Berita Mediacorp melaporkan, Kassim meninggal dunia pada usia 101 tahun akibat uzur, namun dia dilaporkan tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum ini.

Menurut anaknya, Azman Kassim, bapanya meninggal dunia ketika dia membacakan surah Yassin.

“Saya lihat bapa seperti sesak nafas, tapi tangannya masih bergerak, lalu saya terus baca Yassin dan selepas itu dia meninggal dunia.

“Bapa baru sahaja keluar hospital dua minggu lalu akibat sakit tua,” katanya.

Jelas Azman, arwah bapanya semakin lemah dan terlantar di katil sejak dua bulan lalu.

Azman beritahu, biarpun terlantar, daya ingatan bapanya masih kuat kerana masih mengigati semua anggota keluarganya.

“Bapa juga rajin membaca al-Quran dan berzikir setiap hari, selain seorang yang dermawan,” ujarnya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri berusia 91 tahun dan 13 anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya