Wanita ‘gua’ suka makan bangkai haiwan, dakwa rasa seperti stik mahal - Utusan Malaysia

Wanita ‘gua’ suka makan bangkai haiwan, dakwa rasa seperti stik mahal

SARAH Day mempunyai tabiat mengutip bangkai haiwan yang dilanggar kenderaan di jalanan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita medakwa dirinya sebagai ‘orang gua’ dan mempunyai tabiat suka makan haiwan yang dilanggar kenderaan.

Sarah Day, 34, dari Colchester berkata, dia sering menghentikan keretanya untuk mengutip bangkai haiwan yang dilanggar seperti tikus, rusa, arnab dan burung merpati.

Katanya, kesemua haiwan itu berasa enak seperti ‘stik mahal’.

“Saya hanya mengutip bangkai haiwan sekali seminggu dan peti sejuk saya ketika ini sudah dipenuhi dengan stok.

“Pada pandangan saya, daging tikus lebih lazat berbanding ayam,” katanya.

Selain itu, Day juga memberitahu, dia hanya mengutip bangkai haiwan yang tidak terlalu rosak kerana ia selamat dimakan.

Jelasnya, bangkai haiwan yang mempunyai banyak kecederaan selepas dilanggar boleh mendatangkan risiko jangkitan kuman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya