Vaksin SpFN didakwa berkesan cegah semua varian Covid-19 dan SARS - Utusan Malaysia

Vaksin SpFN didakwa berkesan cegah semua varian Covid-19 dan SARS

PASUKAN saintis di Institut Kajian Ketenteraan Walter Reed mendakwa berjaya menghasilkan vaksin yang boleh menentang semua varian Covid-19 dan SARS. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Selepas hampir dua tahun, pasukan saintis di Institut Kajian Ketenteraan Walter Reed percaya mereka berjaya membangunkan vaksin yang berkesan untuk menentang semua varian Covid-19 dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Pasukan penyelidik yang  berpangkalan di Maryland itu dijangka membuat pengumuman rasmi mengenai penghasilan vaksin tersebut dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Ketika ini, Omicron menjadi varian baharu Covid-19 yang semakin menular di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat (AS).

Dalam pada itu, vaksin yang diberi nama Spike Ferritin Nanoparticle (SpFN) mula dihasilkan pada awal tahun 2020 dan bakal diserahkan kepada Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) untuk diteliti bagi mendapatkan kelulusan penggunaan.

Sejak dari mula, pasukan saintis tersebut merancang untuk menghasilkan vaksin yang boleh menentang semua varian Covid-19 dan SARS.

Pada awal tahun ini, pasukan saintis tersebut sudah melakukan ujian terhadap haiwan dan hasilnya positif sebelum beralih kepada ujian terhadap manusia bagi fasa pertama pada April lalu.

Ketua penyelidik, Dr, Kayvon Modjarrad berkata, hasil ujian terhadap manusia itu menunjukkan vaksin berkenaan berkesan menentang Omicron dan beberapa varian lain.

Katanya, vaksin SpFN mencetuskan tindak balas imunisasi yang kuat dan perlindungan menyeluruh daripada varian Covid-19 dan SARS.

“Ujian klinikal fasa satu melibatkan responden yang tidak pernah divaksin atau dijangkiti Covid-19 dan ujian seterusnya pula membabitkan mereka yang sudah divaksin atau pernah dijangkiti Covid-19,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya