Undang-undang baharu Rusia terhadap warga asing dikecam hebat - Utusan Malaysia

Undang-undang baharu Rusia terhadap warga asing dikecam hebat

PETUGAS kesihatan menjalankan pemeriksaan terhadap seorang wanita di pusat vaksinasi Moscow.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Rusia menguatkuasakan undang-undang baharu yang mewajibkan imbasan cap jari warga asing dan pelawat jangka masa panjang serta menjalani pemeriksaan perubatan secara berkala.

Bagi individu yang tinggal lebih 90 hari di negara ini, mereka perlu menjalani pemeriksaan penyakit kelamin, batuk kering dan penggunaan dadah.

Bagaimanapun, beberapa kumpulan syarikat perniagaan, termasuk dewan perniagaan Jerman-Rusia di luar negara membantah penguatkuasaan undang-undang tersebut.

Pengerusi Dewan perniagaan Jerman-Rusia, Matthias Schepp menggesa undang-undang dirombak semula kerana keputusan itu amat mengecewakan dan keterlaluan.

Kebimbangan juga dibangkitkan mengenai keadaan perkhidmatan kesihatan Rusia yang agak lemah serta kebimbangan terhadap perlindungan data yang longgar.

Pekerja asing perlu mengambil ujian pemeriksaan perubatan termasuk ujian darah, X-ray dan imbasan CT di pusat penghijrahan Sakharovo, 80 kilometer (KM) di luar Moscow.

Awal Disember lalu, Duta Amerika Syarikat di Rusia, Jason Rebholz berkata, undang-undang itu bersifat xenofobia dan menyukarkan lagi warga asing untuk tinggal di Rusia.

Sementara itu, Mika Beuster dari Persatuan Wartawan Jerman menegaskan kesihatan wartawan asing tiada kaitan dengan kerajaan Rusia dan mereka tidak perlu melalui undang-undang yang terlalu ketat itu.

Undang-undang itu ditandatangani oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin semasa musim panas lalu yang akan berkuatkuasa, 1 Mac tahun depan.

Individu yang memasuki negara itu juga mesti menjalani pemeriksaan HIV dan Aids, batuk kering, kusta dan sifilis serta penggunaan dadah narkotik atau psikotropik serta bahan psikoaktif yang berpotensi berbahaya.

Kementerian Kesihatan Rusia pula menafikan laporan warga asing perlu mengulangi pemeriksaan setiap tiga bulan.

Dalam pada itu, pengecualian diberikan kepada  diplomat atau ahli organisasi antarabangsa dan keluarga mereka termasuk kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah serta warga Belarus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN