Tupai liar cederakan 18 penduduk di Wales - Utusan Malaysia

Tupai liar cederakan 18 penduduk di Wales

TUPAI liar berjaya ditangkap selepas mencederakan penduduk di pekan Buckley. -SWNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WALES: Penduduk di pekan Buckley, Flintshire panik selepas seekor tupai mengganas selama 48 jam sehingga mencederakan 18 orang.

Lapor Daily Mail, tupai itu menyerang penduduk di kawasan itu termasuk pesara, kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Puluhan individu mengalami luka di tangan selepas digigit dan dicakar oleh tupai yang digelar sebagai Stripe iaitu watak jahat dari filem popular, The Gremlins.

Walau bagaimanapun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah apabila haiwan itu berjaya ditangkap menerusi perangkap yang dipasang oleh Corrine Reynolds, sebelum diserahkan kepada Persatuan Diraja Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan (RSPCA).

Reynolds mengambil tindakan tersebut selepas tangannya digigit tupai itu, walaupun berusaha menjinakkannya.

“Saya perhatikan tupai itu dalam tempoh 48 jam sebelum memasang perangkap. Namun dalam tempoh itu, haiwan itu menyerang 18 penduduk.

Stripe mula menyerang penduduk yang hanya membawa beg kitar semula mereka ke tong sampah sehingga menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang mengerikan,” katanya.

RSPCA mengesahkan tupai itu ditidurkan kerana terlalu bahaya untuk dilepaskan semula ke habitat liar.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya