Tunggang motosikal bersama mayat rakan sebagai 'perjalanan terakhir' - Utusan Malaysia

Tunggang motosikal bersama mayat rakan sebagai ‘perjalanan terakhir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

QUITO: Sekumpulan individu di Ecuador dilaporkan mengeluarkan mayat rakan mereka daripada keranda untuk membawanya menunggang motosikal buat kali terakhir.

Tindakan tersebut disifatkan sebagai ‘perpisahan terakhir’ aneh yang dilakukan di negara itu.

Lapor Daily Mail, mayat Erick Cedeno dikeluarkan daripada keranda oleh sekumpulan rakannnya ketika majlis pengebumian berlangsung di Portoviejo, wilayah Manabi.

Cedeno, 21, meninggal dunia pada minggu lalu selepas dilaporkan ditembak oleh dua penyerang ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis pengebumian.

Rakaman video menunjukkan rakan si mati mengeluarkan Cedeno daripada keranda dan membawanya untuk menaiki motosikal.

Mayat Cedeno kemudian diletakkan dibelakang badan penunggang motosikal dan seorang lagi rakannya membonceng untuk memastikan mayat tidak terjatuh semasa motosikal bergerak.

Dilaporkan, orang ramai berkumpul menyaksikan kejadian itu.   

Selepas motosikal itu bergerak, beberapa rakan Cedeno dilihat bersorak dan melambaikan tangan mereka.

Memetik laporan La Republica, kumpulan rakan itu menuang minuman beralkohol pada keranda Cedeno.

Kumpulan individu itu mendakwa sudah mendapat kebenaran daripada ibu bapa Cedeno untuk melakukan penghormatan terakhir demikian namun pihak berkuasa menyelar kejadian itu sebagai satu aktiviti yang ‘menyimpang’.

Sehingga kini, tiada mana-mana individu yang mengeluarkan mayat Cedeno daripada keranda, ditahan oleh pihak berkuasa.   

Siasatan berhubung kejadian itu belum dilakukan kerana upacara pengebumian Cedeno dianggap sebagai majlis persendirian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya