ACEH UTARA: Pihak berkuasa Aceh Utara melaksanakan hukuman rotan terhadap seorang lelaki yang didapati bersalah kerana terlibat dalam perjudian secara dalam talian.
Hukuman itu dikenakan terhadap Muhammad Isa, 33, yang berasal dari Tanah Jambo Aye.
Ketika hukuman dilaksanakan di depan pejabat Peguam Negeri Aceh Utara, Muhammad dirotan sebanyak 21 kali.
Dia menjerit kesakitan ketika dirotan kali pertama dan dilihat menangis sepanjang hukuman berlangsung.
Pada mulanya, hakim memutuskan Muhammad dirotan sebanyak 25 kali, namun hukuman penjaranya dikurangkan selama empat bulan, maka jumlah rotannya turut dikurangkan.
Menurut Peguam Aceh Utara, Diah Ayu Hartati berkata, Muhammad bukan sahaja bermain judi secara dalam talian, malah dia juga menyediakan perkhidmatan itu kepada masyarakat.
Lelaki itu didakwa menjual pakej judi berharga antara 60,000 rupiah (RM17) hingga 70,000 rupiah (RM20).
“Dalam sehari, dia boleh memperoleh keuntungan sebanyak 100,000 rupiah (RM29),” kata Diah.