Terlalu awal tentukan Omicron punca penyakit berbahaya - Fauci - Utusan Malaysia

Terlalu awal tentukan Omicron punca penyakit berbahaya – Fauci

ANTHONY FAUCI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pakar Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat (AS), Anthony Fauci menjelaskan masih terlalu awal untuk menentukan sama ada varian Covid-19 Omicron akan menyebabkan penyakit berbahaya.

Namun, kata beliau, hasil maklumat awal dari Afrika Selatan menunjukkan varian baharu itu tidak menyebabkan gejala luar biasa.

Jelasnya, AS belum merekodkan sebarang kes jangkitan varian itu walaupun terdapat 226 kes varian tersebut di 20 negara lain.

“Sangat sukar untuk mengetahui sama ada varian ini menyebabkan penyakit berbahaya. Kita tidak tahu sebab masih terlalu awal,” katanya kepada wartawan.

Ketakutan mengenai penularan varian itu mengganggu pasaran kewangan dan mencetuskan kebimbangan terhadap kekuatan proses pemulihan ekonomi global ketika negara berusaha membendung pandemik Covid-19.

Presiden AS, Joe Biden dan pentadbirannya berusaha menggalakkan rakyat AS mengambil suntikan vaksin dan dos penggalak.

Namun, keraguan mengenai vaksin dalam kalangan penduduk AS menggagalkan usaha mengekang penyebaran virus itu.

Sehingga kini, kira-kira 69 peratus rakyat AS berumur 12 tahun ke atas menerima suntikan vaksin sepenuhnya.

Ditanya sama ada AS sudah melakukan usaha secukupnya untuk memastikan penduduk dunia divaksin, kata Fauci, negara itu sudah melakukan lebih banyak usaha berbanding negara lain.

“Proses vaksinasi di negara selatan Afrika dan negara berpendapatan sederhana serta miskin ternyata sukar daripada aspek logistik dan banyak dos yang dihantar tidak digunakan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya