Tentera robot China terpaksa berpatah balik ke gurun tak tahan sejuk - Utusan Malaysia

Tentera robot China terpaksa berpatah balik ke gurun tak tahan sejuk

MESIN senjata robot China jenis Sharp Claw yang dihantar ke kawasan gurun kerana tidak sesuai dengan cuaca sejuk.-CCTV
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China mengarahkan robot mesingan ke kawasan gurun barat negara itu kerana tentera tersebut tidak sesuai berada dalam keadaan altitud tinggi dengan cuaca sejuk.

Berpuluh-puluh kenderaan tanpa pemandu yang membawa senjata dihantar ke Tibet serta dikerahkan ke kawasan sempadan.

Kenderaan itu termasuk Sharp Claw yang dilengkapi mesingan dan boleh dikendalikan tanpa wayar serta Mule-200 yang direka sebagai kenderaan bekalan tanpa pemandu serta boleh dipasang senjata.

Menurut laporan Times News Now, Beijing menghantar 88 Sharp Claws ke Tibet yang bersempadan dengan India di Himalaya, dengan 38 daripadanya dikerahkan ke sempadan wilayah itu, termasuk 120 buah Mule-200.

China turut memperkukuh pasukannya dengan menghantar 70 kenderaan tentera berperisai VP-22 serta 150 kenderaan Lynx yang ditempatkan di zon sempadan sebagai sokongan terhadap kenderaan tanpa pemandu.

Beijing mengarahkan kenderaan itu ke lapangan selepas media melaporkan askar China itu dipasang dengan sut eksoskeleton untuk membantu mereka membawa bekalan pada ketinggian yang mencabar.

Askar diberi eksoskeleton iaitu pakaian serat karbon untuk melegakan tekanan di bahagian kaki dan buku lali mereka, sambil membawa peralatan berat dan bekalan di ketinggian 4,876 meter dari paras laut.

Tentera terpaksa bergelut akibat kekurangan oksigen pada ketinggian itu menyebabkan beban terasa lebih berat sehingga menyebabkan mereka lebih mudah letih.

China dan India bertempur dalam konflik di kawasan sempadan sejak beberapa dekad lalu.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya