Tencent beri saham AS$16.4b saham JD.com sebagai dividen - Utusan Malaysia

Tencent beri saham AS$16.4b saham JD.com sebagai dividen

Tencent yang mula melabur dalam JD.com pada 2014 berkata, masanya adalah tepat untuk memindahkan pegangannya. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING/HONG KONG: Syarikat permainan video dan media sosial China, Tencent Holdings Ltd. akan menyerahkan saham JD.com berjumlah AS$16.4 bilion (RM68.97 bilion) sebagai dividen kepada pemegang sahamnya.

Tindakan itu dilihat sebagai usaha Tencent untuk melemahkan ikatannya dengan firma e-dagang itu selain menimbulkan persoalan tentang rancangannya untuk pegangan lain.

Pengumuman penyerahan saham tersebut dibuat semalam, menjadikan pegangannya dalam syarikat e-dagang kedua terbesar China itu berkurang daripada 17 peratus kepada 2.3 peratus, sekali gus kehilangan kedudukannya sebagai pemegang saham terbesar JD.com kepada Walmart.

Langkah pemberhentian pelaburan itu tiba ketika kerajaan China menerajui tindakan undang-undang keras ke atas firma teknologi, menyasarkan kepada usaha pertumbuhan luar negaranya dan pemusatan kuasa pasaran di China.

Tencent yang mula melabur dalam JD.com pada 2014 berkata, masanya adalah tepat untuk memindahkan pegangannya memandangkan firma e-dagang itu sudah mencapai tahap boleh membiayai sendiri pertumbuhannya.

Penganalisis LightStream Research, Mio Kato berkata, langkah tersebut dilihat sebagai kesinambungan konsep meruntuhkan ‘taman berdinding’ dan meningkatkan persaingan antara gergasi teknologi dengan melemahkan perkongsian, eksklusiviti dan aturan lain yang melemahkan tekanan persaingan. 

“Ia mungkin memberi kesan kepada perkara seperti pasaran pembayaran yang mana hubungan Tencent dengan Pinduoduo dan JD telah membantu mereka mengekalkan sebahagian persaingan dengan Alipay, pada pandangan kami,” katanya.

Saham JD.com menjunam sebanyak 11.2 peratus dalam dagangan awal di Hong Kong semalam, peratusan kejatuhan harian terbesarnya sejak disenaraikan pada Jun 2020, sementara saham Tencent melonjak 5.7 peratus.

Menurut Tencent, mereka akan terus menjalinkan hubungan perniagaan termasuk sebuah perjanjian perkongsian strategik yang sedang berlangsung, walaupun Pengarah Eksekutif dan Presiden Tencent, Martin Lau akan meninggalkan lembaga pengarah JD.com serta-merta.

Pemegang saham Tencent yang layak akan menerima seunit saham JD.com untuk setoap 21 saham yang dipegang. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya