Taufan Rai badai Filipina, lebih 45,000 penduduk berpindah - Utusan Malaysia

Taufan Rai badai Filipina, lebih 45,000 penduduk berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAPA: Lebih 45,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing  ketika Taufan Rai membadai Filipina hari ini.

Taufan itu membawa angin kencang sekuat 165 kilometer sejam ketika melalui bahagian tengah dan selatan Filipina.

Agensi cuaca kebangsaan memaklumkan, taufan itu turut membawa hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir.

“Taufan Rai dijangka boleh menyebabkan kemusnahan sederhana terhadap infrastruktur, terutamanya di kawasan yang menjadi laluan ribut itu,” menurut agensi tersebut.

Selain itu, Rai atau penduduk tempatan menamakannya sebagai Odette turut menyebabkan sejumlah penerbangan dibatalkan dan puluhan pelabuhan ditutup sementara waktu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya