MANILA: Angka korban Taufan Rai yang membadai Filipina dilaporkan meningkat sekurang-kurangnya 99 orang, ketika pohak berkuasa bertungkus-lumus menghantar bantuan bekalan asas kepada penduduk terjejas.
Taufan kuat itu menyebabkan banyak tempat terputus bekalan komunikasi dan elektrik, banyak bumbung rumah tercabut dan banjir di kawasan rendah.
Gabenor Bohol, Arthur Yap berkata, sebanyak 63 kematian dilaporkan di pekan tersebut, sekali gus menjadikan jumlah korban ketika ini seramai 99 orang.
Jelas Yap, sebanyak 10 orang lagi hilang di wilayah tersebut dan 13 cedera apabila Rai melanda negara ini pada Khamis lalu dengan membawa angin kencang sekuat 195 kilometer sejam.
“Sistem komunikasi masih lumpuh. Hanya 21 daripada 48 datuk bandar sudah menghubungi kami, selain dikhuatiri angka korban akan terus meningkat,” katanya.
Dalam pada itu, ribuan anggota keselamatan termasuk tentera, polis, bomba dan pengawal pantai ditempatkan di kawasan terjejas bagi melakukan operasi mencari serta menyelamat (SAR).
Kapal Tentera Laut Filipina yang membawa barangan keperluan asas dan ubat-ubatan dijangka berlayar ke Bohol hari ini, sehari selepas wilayah itu diisytiharkan darurat.
Sementara itu, sejumlah badan kebajikan da yayasan memohon sumbangan segera untuk diserahkan kepada keluarga yang terjejas akibat taufan itu. – AFP