Suami bakar isteri ketika solat kerana cemburu buta - Utusan Malaysia

Suami bakar isteri ketika solat kerana cemburu buta

APRIANSYAH berjaya diberkas oleh pihak polis di Palembang.-DETIK.COM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA SELATAN: Gara-gara cemburu buta, seorang wanita dibakar hidup-hidup sehingga maut oleh suaminya ketika sedang mendirikan solat.

Susila, 32, dituduh oleh suaminya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain selepas mangsa meminta duit sebanyak 100,000 rupiah (RM29) daripada suaminya untuk menziarah mentua di Suro Seberang Ilir.

Namun, disebabkan perahu yang sepatutnya menumpangkan Susila tidak tiba, dia tidak jadi melawat mentuanya itu, lapor Kompas.com.

Suaminya mempertikaikan tindakan tersebut dan terus menuduh dia mempunyai lelaki lain dan berlaku curang terhadap perkahwinan mereka.

Mengimbau semula kronologi kejadian, Anis yang merupakan ibu kepada Susila berkata, mangsa meneruskan solatnya walaupun ketika suami sedang memarahinya.

Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, suspek, Apriansyah, 32, membakar isterinya itu tanpa menunggu penjelasan mangsa.

Apriansyah juga sempat menyuruh anak lelakinya pergi ke kedai membeli bahan bakar, namun tidak dituruti kerana mengetahui tujuan sebenar bapanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya