Seorang lagi mangsa permainan istana angin meninggal dunia - Utusan Malaysia

Seorang lagi mangsa permainan istana angin meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Seorang lagi mangsa istana angin di Tasmania meninggal dunia, menjadikan jumlah keseluruhan kanak-kanak yang maut dalam insiden itu adalah seramai enam orang.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Polis Tasmania, Daren Hine.

“Seorang lagi mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia di hospital akibat kecederaan yang dialaminya,” katanya.

Tiga hari lepas, istana angin itu diterbangkan angin kencang, menyaksikan sejumlah kanak-kanak yang bermain di atasnya terpelanting ke udara di pekan Davenport.

Kejadian itu meragut tiga nyawa kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dan dua kanak-kanak perempuan yang masing-masing berumur 11 dan 12 tahun.

Dua lagi kanak-kanak cedera parah dan dimasukkan ke hospital.

Insiden itu mendapat perhatian banyak pihak dengan kebanyakannya menzahirkan kesedihan dan sebanyak AU$1.2 juta (RM3.6 juta) sumbangan berjaya dikumpul untuk keluarga mangsa.

Beberapa saksi sebelum ini memaklumkan, sejumlah kanak-kanak terpelanting kira-kira 10 meter ke udara sebelum terhempas ke tanah apabila istana angin itu diterbangkan.

Sehubungan itu, polis giat melakukan siasatan berhubung insiden tersebut dengan pasukan khas dikerahkan ke Tasmania untuk menemu bual semua saksi yang terlibat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya