Sembilan serigala terlepas dari kurungan di zoo Perancis - Utusan Malaysia

Sembilan serigala terlepas dari kurungan di zoo Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Sebuah zoo di selatan Perancis diarahkan ditutup buat sementara waktu oleh pihak berkuasa tempatan selepas sembilan ekor serigala terlepas dari kurungan ketika waktu melawat.

Sehingga kini, tiada laporan mengenai kecederaan oleh para pengunjung ketika insiden itu berlaku di Zoo Trius Vallees di Montredon-Labessonnie.

Kawanan serigala itu dilaporkan merosakkan pagar keselamatan, namun tidak terlepas dari kawasan zoo.

Jurucakap pihak berkuasa, Fabien Chollet berkata, empat daripada sembilan serigala itu ditembak mati kerana menjejaskan keselamatan petugas zoo.

Lima lagi haiwan itu ditembak dengan ubat pelali dan dimasukkan semula ke dalam kandang.

“Tiada ramai pengunjung ketika insiden itu berlaku dan tiada kejadian kecemasan.

“Namun, zoo berkenaan masih perlu ditutup bagi menjalani pemeriksaan,” kata Chollet. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya