NEW DELHI: Aktor Bollywood, Salman Khan dilaporkan cedera selepas dipatuk ular dan dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan kecemasan.
Kejadian itu berlaku ketika pelakon tersebut cuba mengeluarkan seekor ular di ruamh ladangnya di Panvel berhampiran Navi Mumbai.
“Seekor ular memasuki rumah ladang saya dan ketika membawanya keluar menggunakankayu, ia menjalar ke tangan saya.
“Ketika saya cuba menangkapnya, ular itu mematuk saya sebanyak tiga kali,” katanya kepada media selepas keluar dari hospital.
Bintang berusia 56 tahun itu memaklumkan, dia menerima rawatan antivenom ular dan berada di bilik rawatan selama enam jam. – BERNAMA