KIGALI: Rwanda mengesahkan enam kes Covid-19 varian Omicron dikesan di negara itu.
Kementerian Kesihatan Rwanda memaklumkan perkara itu menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Twitter.
Lapor BBC, menurut kementerian itu, kes tersebut dikesan dalam sampel yang diambil dari pengembara dan kenalan mereka.
Selain itu, kementerian menekankan keperluan semua individu berusia 12 tahun dan ke atas untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
“Kami juga mencadangkan golongan dewasa berusia 18 tahun dan ke atas untuk mengambil dos penggalak,” jelas kenyataan itu.
Setakat ini, kira-kira 40 peratus populasi Rwanda sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 dan negara itu kini sedang memberi dos penggalak kepada penduduknya. – AGENSI