MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin menyalahkan Barat ekoran ketegangan yang semakin memuncak di Eropah.
Putin berkata, Rusia akan bertindak balas ‘secukupnya’ terhadap mana-mana pencerobohan Barat dan akan menambah bilangan tentera.
“Mengapa mereka menggerakkan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan mengabaikan perjanjian pertahanan peluru berpandu?
“Mereka harus dipersalahkan terhadap situasi yang berlaku sekarang kerana ketegangan yang memuncak di Eropah,” tegasnya ketika bercakap kepada pegawai tentera kanan Rusia.
Menurut Washington, Rusia menghimpunkan seramai 10,000 tentera di sempadan Ukraine.
Moscow pula memberi jaminan tiada bekalan senjata atau tentera akan dikerahkan ke kawasan itu.
Negara itu malah menafikan rancangan untuk menyerang negara jirannya dan mendesak jaminan undang-undang yang akan menolak pergerakan NATO serta penempatan senjata di sana.
Moscow turut menuntut NATO menerima negara itu yang merupakan negara bekas Kesatuan Soviet sebagai negara anggota.
Tuntutan itu terkandung dalam perjanjian keselamatan Rusia-AS yang dicadangkan dan perjanjian keselamatan antara Moscow dan NATO yang digubal di tengah-tengah ketegangan yang memuncak berhubung penambahan tentera Rusia yang mencetuskan kebimbangan pencerobohan.-AGENSI