Ribut salji landa Jepun, puluhan penerbangan dibatalkan - Utusan Malaysia

Ribut salji landa Jepun, puluhan penerbangan dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sekurang-kurangnya 48 penerbangan terpaksa dibatalkan selepas ribut salji melanda Jepun.

Berdasarkan laporan media tempatan, lebih 100 penerbangn turut dibatalkan sejak semalam dan salji setebal 88.9 sentimeter menyeliputi beberapa wilayah menjelang pagi semalam.

Salji tebal diramal berterusan di bahagian barat negara ini, selain lebih 3,200 penduduk terpaksa duduk dalam kesejukan susulan bekalan elektrik yang terputus

Dalam pada itu, ratusan penerbangan di seluruh dunia juga dibatalkan pada hujung minggu lalu ketika orang ramai ingin pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Krismas.

Pembatalan itu dibuat susulan penularan varian Omicron yang semakin meningkat.

Menurut FlightAware, sebanyak 2,513 penerbangan dibatalkan semalam dengan 927 daripadanya direkodkan di Amerika Syarikat (AS). – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya