NEW YORK: Sejumlah syarikat penerbangan komersial di dunia membatalkan lebih 4,300 penerbangan pada hujung minggu ini ketika penularan varian Omicron semakin kritikal.
Semalam, sebanyak 2,366 penerbangan dibatalkan di seluruh negara ketika orang ramai berpusu-pusu mahu pulang ke kampung halaman atau menuju ke destinasi percutian bagi menyambut perayaan Krismas.
Menurut laman web pengesanan penerbangan, FlightAware.com, hampir 9,000 penerbangan ditunda.
Laman web itu juga menunjukkan sebanyak 1,616 penerbangan semasa Hari Krismas dibatalkan di seluruh dunia, dengan 365 lagi ditunda ke esok.
Trafik penerbangan komersial dalam Amerika Syarikat (AS) dan keluar atau masuk ke negara ini turut menyaksikan lebih suku daripadanya dibatalkan.
Antara syarikat penerbangan AS yang membatalkan penerbangan termasuk United Airlines dan Delta Air Lines. – REUTERS