LONDON: Pengembara kini boleh melakukan perjalanan merentasi dunia menggunakan kereta api meliputi jarak sejauh 18,755 kilometer.
Jarak itu dipercayai bakal menjadi jarak perjalanan menggunakan kereta api paling jauh setakat ini selepas satu lagi laluan pengangkutan itu dibuka di Laos pada awal bulan ini.
Dengan laluan sedia ada, pengembara boleh memulakan pengembaraan dari Lagos di selatan Portugal sehingga ke Singapura menggunakan kereta api dan hanya perlu melakukan beberapa pertukaran.
Pengembaraan itu boleh dilakukan dalam tempoh 21 hari dan merentasi beberapa negara termasuk Eropah, China, Laos, Thailand dan Malaysia sebelum tiba di Singapura.
Sebelum ini, perjalanan kereta api berakhir di Vietnam dengan jarak sejauh 16,898 kilometer.