Remaja cuba letupkan diri di Moscow - Utusan Malaysia

Remaja cuba letupkan diri di Moscow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seorang bekas pelajar sekolah ortodoks cuba meletupkan diri di sebuah biara di Moscow hari ini, menyebabkan seorang remaja berusia 15 tahun cedera.

Kementerian Dalam Negeri Rusia menerusi kenyataan memaklumkan, pelajar itu memasuki gimnasium di biara Vvedenskiy Vladychniy dan cuba meletupkan diri.

“Insiden tersebut berlaku di bandar Serpukhov, selatan Moscow dan remaja yang cuba meletupkan diri itu tidak terkorban” menurut kenyataan itu.

Pihak berkuasa memaklumkan, keadaan di sekitar biara tersebut sudah dikosongkan dan beberapa media tempatan melaporkan, insiden itu mengakibatkan tujuh orang cedera.

Ketika ini, pihak berkuasa giat mengenal pasti identiti mangsa yang cedera, termasuk remaja berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya