Qatar larang jualan permainan warna pelangi - Utusan Malaysia

Qatar larang jualan permainan warna pelangi

QATAR melarang penjualan permainan getah berwarna pelangi kerana melambangkan gerakan LGBT.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

QATAR: Pihak berkuasa Qatar merampas permainan kanak-kanak yang tidak ‘Islamik’ kerana menampilkan ciri-ciri pelangi yang menyerupai bendera golongan lesbian, gay, biseksual, trangander (LGBT).

Permainan itu juga bertentangan dengan ‘nilai keislaman’ di negara yang menentang homoseksual.

Kementerian Perdagangan dan Industri menjalankan pemeriksaan di beberapa premis perniagaan berbeza di seluruh Qatar.

“Pihak berkuasa turut merampas permainan kanak-kanak yang mengandungi slogan bertentangan dengan nilai Islam seperti bola getah dan permainan lain dengan warna pelangi.

“Pihak kementerian menggesa semua penduduk melaporkan sebarang penjualan produk yang menggunakan logo atau rekaan yang bertentangan dengan tradisi di negara ini,” katanya dalam ciapan Twitter.

Qatar menjadi tumpuan dunia sejak terpilih menjadi tuan rumah bola sepak Piala Dunia 2022.

November lalu, Persatuan Bola Sepak Inggeris memberi jaminan kepada peminat fahaman lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) bahawa mereka dialu-alukan ke negara itu sempena kejohanan Piala Dunia.

Susulan itu, Qatar dilihat sedikit berlembut dengan pendirian anti LGBTQ dengan memaklumkan bendera pelangi dibenarkan untuk dikibarkan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya