Qanun Aceh: Semua kedai, urusan ditutup ketika waktu Maghrib - Utusan Malaysia

Qanun Aceh: Semua kedai, urusan ditutup ketika waktu Maghrib

TIADA sebarang urusan jual beli dibenarkan ketika waktu Maghrib di Aceh. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ketua Unit Polis Perkhidmatan Awam dan Wilayatul Hisbah Daerah Aceh Barat, Dodi Bima Saputra menegaskan seluruh tempat kerja atau perusahaan termasuk kedai makan dan minum wajib ditutup sementara ketika waktu solat Maghrib.

“Penerapan aturan ini sesuai dengan Qanun Nombor 11 Tahun 2002 mengenai Akidah, Ibadah dan Syiar Islam yang sudah lama berlaku di Aceh,” katanya di Meulaboh seperti dilaporkan CNN Indonesia.

Menurutnya, penerapan peraturan itu dilakukan sebagai usaha untuk meningkatkan penerapan syariat Islam di Aceh sekali gus mempermudahkan umat Islam dalam beribadah.

Dalam hal itu, petugas akan meninjau setiap pengusaha atau peniaga agar menutup premis masing-masing pada pukul 6 petang (waktu Indonesia barat) dan tidak melayani pelanggan sehingga solat Maghrib selesai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya