Pulau 'cap jari' jadi tumpuan di Croatia - Utusan Malaysia

Pulau ‘cap jari’ jadi tumpuan di Croatia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZAGREB: Terletak di luar pantai Croatia iaitu di Laut Adriantik, Baljenac merupakan sebuah pulau kecil yang dikelilingi dinding batu kering yang menjadikannya kelihatan seperti ‘cap jari gergasi’ apabila dilihat dari udara.

Pulau berbentuk bujur itu dikelilingi dinding batu kering sepanjang 23 kilometer dengan ketinggiannya dianggarkan paras pinggang dewasa.

Dinding tersebut dibina bagi memudahkan sektor agrikultur dijalankan memandangkan kawasan pulau terkenal dengan angin kencang serta bentuk bumi yang berbatu.

Keadaan itu menjadikan sektor agrikultur sukar dibangunkan dan menerusi dinding batu kering yang dibina, industri tanaman di pulau berkenaan dapat dibangunkan.

Teknik itu juga digunakan di beberapa negara Eropah lain termasuk England dan Ireland, namun hanya Baljenac yang mempunyai ‘corak cap jari’.

Pulau tidak berpenghuni itu dipenuhi dengan formasi batuan yang ditindih antara sama lain.

Kebanyakan batuan tersebut dipercayai dibina sejak abad ke-19, namun ada juga pihak yang mendakwa ia sudah terbina seawal abad ke-16 dan 17.

Selepas imej pulau itu tular dalam media sosial, banyak pelancong mengunjungi kawasan tersebut dan beberapa pihak menzahirkan kebimbangan sekiranya formasi batuan itu dirosakkan.

Sementara itu, kerajaan Croatia memohon supaya pulau tersebut disenaraikan dalam Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya