Presiden Afrika Selatan positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Presiden Afrika Selatan positif Covid-19

PRESIDEN Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG: Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa disahkan positif Covid-19 selepas mengalami gejala ringan.

Menurut pejabat presiden menerusi kenyataan, Ramaphosa kini sedang menerima rawatan.

Ramaphosa yang sudah lengkap divaksin dilaporkan mula berasa tidak sihat selepas menghadiri majlis peringatan bekas timbalan presiden F W de Klerk di Cape Town.

Jelas kenyataan itu, Ramaphosa kini dalam keadaan baik dan sedang dipantau oleh doktor.

“Buat masa ini, Ramaphosa akan kekal berada dalam pengasingan diri di Cape Town.

“Beliau juga telah menyerahkan semua tugasan kepada Timbalan Presiden, David Mabuza untuk minggu depan,” jelas kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, Ramaphosa dan seluruh delegasinya melakukan ujian saringan Covid-19 semasa lawatan ke empat negara Afrika Barat.

“Presiden dan semua delegasinya pulang ke Afrika Selatan dari Senegal pada 8 Disember lalu selepas ujian saringan Covid-19 menunjukkan negatif.

“Ujian saringan presiden juga menunjukkan negatif apabila beliau kembali ke Johannesburg pada 8 Disember lalu,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, Ramaphosa menerusi kenyataan menyifatkan jangkitan Covid-19 pada dirinya menjadi amaran kepada orang ramai mengenai kepentingan mendapatkan vaksin dan sentiasa berwaspada mengenai penularan wabak.

Varian Omicron pertama kali dikesan di Afrika Selatan pada bulan lalu dan mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia kerana kebimbangan lebih mudah berjangkit berbanding varian lain. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya