Polis temukan longgokan kondom berhampiran bangunan sekolah - Utusan Malaysia

Polis temukan longgokan kondom berhampiran bangunan sekolah

LONGGOKAN sampah sisa perubatan yang turut menemukan kondom dan picagari. -SUARA.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kondom dan jarum picagari adalah antara barang yang ditemukan dalam longgokan sampah seberat enam tan di bangunan Sekolah Luar Biasa (SLB) Negeri 2 Mataram, Nusa Tenggara Barat (NTB), baru-baru ini.

Polis kini menjalankan siasatan berhubung longgokan sisa perubatan di kawasan bangunan Pusat Kesihatan Mata Komuniti (BKMM) NTB yang didakwa menyebabkan pencemaran akibat sisa berbahaya dan toksik yang tidak diuruskan dengan baik.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Mataram, Komisioner Kadek Adi Budi Astawa berkata, pihaknya mengesahkan penemuan sampah tersebut hasil siasatan pihaknya yang mengumpul data di lokasi berkenaan.

Jelasnya, pihak polis masih menunggu maklumat daripada agensi berkaitan bagi mengesahkan jenis dan kegunaan sampah bahan perubatan itu.

“Sudah tentu kompetensi dalam kes ini adalah dari pejabat kesihatan dan pejabat alam sekitar,” katanya lapor Suara.com.

Pihak polis turut mengumpulkan keterangan daripada pemilik dan pekerja bangunan tersebut.

Rabu lalu, Polis Mataram menemukan longgokan sampah perubatan yang berserakan di tiga pekarangan bangunan di Cakranegara.

Pihak berkuasa turut menemukan sebilangan ubat yang belum tamat tarikh luput.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya