Polis Singapura tahan lelaki tulis komen menghina dan mengancam agama Islam - Utusan Malaysia

Polis Singapura tahan lelaki tulis komen menghina dan mengancam agama Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 21 tahun yang didakwa membuat komen tidak sensitif dan mengancam orang Islam dalam akaun Instagram bakal dihadapkan ke mahkamah esok.

Lapor Berita Mediacorp, tertuduh akan didakwa kerana memuat naik hantaran dalam Instagram Story dengan ‘niat sengaja menyakiti perasaan keagamaan orang lain’.

Menurut polis, antara 7 hingga 8 Jun tahun lalu, mereka menerima banyak laporan tentang seorang pengguna yang menulis komen tidak sensitif dan berbaur ancaman yang boleh mencetuskan keganasan terhadap komuniti Islam.

Hantaran itu juga mengandungi komen berbaur kebencian yang boleh menyakiti perasaan orang beragama Islam.

Menerusi siasatan, pegawai dari Divisyen Polis Jurong mengenal pasti identiti lelaki itu lalu menahannya pada 8 Jun tahun lalu, selain sebuah komputer riba dan telefonn bimbit miliknya antara yang dirampas.

Jika disabit kesalahan, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau didenda.

Polis memaklumkan, lelaki itu juga berdepan dengan dua lagi pertuduhan tidak berkaitan, termasuk satu di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan kerana ‘melakukan komunikasi menghina’.

Jika didapati bersalah, lelaki tersebut boleh didenda sehingga S$5,000 (RM15,422).

Satu lagi pertuduhan adalah kerana memiliki filem lucah dan dia boleh dipenjara sehingga enam bulan jika didapati bersalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya