PM Hungary persoal bolehkah EU uruskan 2 juta penduduk Islam Bosnia - Utusan Malaysia

PM Hungary persoal bolehkah EU uruskan 2 juta penduduk Islam Bosnia

VIKTOR ORBAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARAJEVO: Barisan kepemimpinan Bosnia Herzegovina semalam membantah kenyataan yang disuarakan oleh Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban dan jurucakapnya mengenai integrasi penduduk negara ini dalam Kesatuan Eropah (EU) bakal menjadi cabaran susulan populasi Islam yang  besar.

Jurucakap Orban, Zoltan Kovacs menerusi Twitter menulis ‘cabaran dengan Bosnia adalah bagaimana untuk melaksanakan integrasi dengan penduduk Islam yang mencecah dua juta orang’.

Menerusi ucapan panjang yang disampaikan di Budapest pada Selasa lalu, Orban menyokong Bosnia untuk menyertai EU, namun perlu ‘mengeluarkan tenaga yang banyak untuk menguruskan keletihan yang dialami EU ketika ini’.

“Saya cuba lakukan yang terbaik untuk meyakinkan semua pemimpin Eropah bahawa Balkan mungkin terletak lebih jauh berbanding Hungary, namun bagaimana kami boleh menguruskan negara yang mempunyai populasi Islam seramai dua juta?” Soalnya

Kenyataan itu dikritik oleh pemimpin Bosnia sehingga ada dalam kalangan mereka menentang kunjungan Orban ke Sarajevo pada masa akan datang, manakala Mufti Besar Bosnia, Husein Kavazovic menyifatkan ucapannya bersifat perkauman dan xenofobia.

“Jika ideologi itu menjadi asas penyatuan Eropah, maka ia membawa kita kembali ke zaman ketika perpaduan Eropah dibina atas fahaman Nazi yang kejam,” kata Husein.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli politik Bosnia, Sefik Dzaferovic menyifatkan kenyataan orban sebagai memalukan da kurang ajar.

“Ini bukan soal bagaimana populasi Bosnia boleh menjadi cabaran kepada EU kerana kami sudah lama dalam benua ini dan kami adalah orang Eropah,” tegasnya.

Lebih 100,000 penduduk terbunuh dan jutaan lagi kehilangan tempat tinggal semasa peperangan pada 1992 hingga 1995 di Bosnia. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya