NEW DELHI: Sebuah pesawat tempur MiG-21 milik Tentera Udara India (IAF) terhempas di barat negeri Rajasthan, mengorbankan juruterbangnya.
Media tempatan melaporkan, kejadian itu berlaku kelmarin ketika sesi latihan penerbangan dilakukan dan jruterb.
“Pada malam ini, kira-kira pukul 8.30 malam waktu tempatan, sebuah pesawat tempur MiG-21 milik IAF terhempas di bahagian barat ketika latihan penerbangan dilakukan. Butiran lanjut bakal menyusul,” menurut kenyataan IAF.
Media tempatan yang memetik laporan polis memberitahu, pesawat itu terhempas di kawasan Taman Negara Gurun, di Jaisalmer iaitu sebuah daerah dalam Rajasthan.
Pada 8 Disember lalu, sebuah helikopter tentera terhempas di Coonoor dekat daerah Nilgiris yang terletak kira-kira 538 kilometer ke barat daya Chennai, Tamil Nadu.
Insiden itu mengorbankan Ketua Staf Pertahanan India, Jeneral Bipin Rawat dan isteri serta 11 yang lain.