Pesakit Covid-19 dirawat secara rahsia di Myanmar - Utusan Malaysia

Pesakit Covid-19 dirawat secara rahsia di Myanmar

SUKARELAWAN kesihatan melakukan ujian Covid-19 terhadap penduduk kampung di pekan Demoso, negeri Kayah, Myanmar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAYAH: Sejumlah jururawat Myanmar yang bersembunyi daripada junta tentera membuka klinik sementara untuk merawat pesakit Covid-19 dan pejuang etnik dengan menggunakan bekalan ubat yang diseludup melepasi pemeriksaan tentera.

Kumpulan jururawat itu sentiasa bersedia melarikan diri jika berlaku sebarang kemungkinan memandangkan mereka adalah petugas barisan yang menjadi sasaran junta.

Sejak rampasan kuasa berlaku pada Februari lalu, lebih 1,300 penduduk awam termasuk petugas barisan hadapan dibunuh junta.

Boikot yang dilakukan oleh institusi kerajaan menyaksikan banyak hospital tidak mempunyai petugas yang mencukupi, selain banyak kakitangan ditahan junta kerana terlibat dengan beberapa siri tunjuk perasaan sebelum ini.

Aye Naing meninggalkan kerjanya di hospital awam selepas rampasan kuasa berlaku dan mula menjadi sukarelawan di negeri Kayah pada Jun lalu.

Kebanyakan pesakit Aye Naing adalah keluarga yang hilang tempat tinggal, selain pejuang daripada kumpulan Pasukan Pertahanan Rakyat (PDF) yang menentang junta.

Di sebuah kampung, Aye Naing dan pasukannya melakukan ujian Covid-19 dengan penduduk yang positif akan diberi ubatan asas untuk meredakan demam dan vitamin.

Penggunaan oksigen pula dihadkan kerana mereka perlu ke bandar berhampiran bagi mengisi semula gas dan melepasi pemeriksaan tentera.

Junta memaklumkan kadar jangkitan Covid-19 di Myanmar ini adalah terkawal dengan kira-kira 150 kes sehari, selain varian Omicron belum dikesan di negara ini.

Namun, jumlah itu dikhuatiri tidak tepat memandangkan sistem kesihatan negara ini yang hampir lumpuh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya