Perancis guna teksi terbang pada Olimpik 2024 - Utusan Malaysia

Perancis guna teksi terbang pada Olimpik 2024

PARIS akan mula menguji teksi terbang elektrik di sebuah tapak ujian di luar bandar tersebut. - ISTOCK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Perancis bakal menggunakan perkhidmatan teksi terbang untuk membawa orang ramai ke seluruh Paris ketika temasya Sukan Olimpik 2024 berlangsung. 

Lapor Daily Mail, pihak berkuasa Perancis mengumumkan Paris akan mula menguji teksi terbang elektrik itu di sebuah tapak ujian di luar bandar berkenaan.

Menurut pegawai yang enggan dikenali, tujuan utama penggunaan perkhidmatan tersebut adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa temasya itu berlangsung.

Laluan pertama adalah antara heliport Paris-Issy-les-Moulineaux dan lapangan terbang Saint-Cyr.

Laluan kedua merangkumi antara lapangan terbang Paris-Charles de Gaulle, Le Bourget dan sebuah tapak di bandar Paris.   

Tapak ujian Pontoise yang terletak di lapangan terbang Cormeilles-en-Vexin bakal menyaksikan kira-kira 30 pengeluar menjalankan ujian penerbangan teksi terbang.

“Tapak Pontoise menyatukan ekosistem unik di sekitar mobiliti udara baharu dan tapak ujian yang dilancarkan hari ini tidak pernah berlaku sebelum ini di Eropah.

“Ia berfungsi sebagai eksperimen konkrit untuk meneroka bidang penerbangan yang inovatif serta tanpa berkarbon, selain membangunkan pasaran penerbangan altitud rendah yang masih baru,” Ketua Pegawai Eksekutif Aéroports de Paris, Augustin de Romanet.

Setakat ini, butiran terperinci mengenai teksi terbang itu belum didedahkan.

Namun, beberapa firma besar termasuk Volocopter, Airbus, Vertical Aerospace dan Ascendance, Lilium dan Joby Aviation akan terlibat dalam ujian penerbangan tersebut.

Pengumuman penggunaan perkhidmatan itu dibuat sejurus syarikat pembuat kereta Korea Selatan, Hyundai memaklumkan akan memperkenalkan teksi terbang elektrik tanpa pemandu menjelang 2028.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya