LONDON: Seorang penumpang lelaki berasa geram apabila penumpang beragama Islam membaca al-Quran di dalam komuter di tengah London.
Lapor Daily Mail, lelaki itu dengan tegas memberitahu penumpang tersebut supaya ‘menghormati hak orang lain’ semasa dia meneruskan bacaan tersebut pada pukul 6.40 pagi, 27 November lalu.
Lelaki itu kemudian menjadi berang dan memberitahu ‘ini adalah negara Kristian’ dan dia sepatutnya ‘beradab dan mengikuti cara orang di sini’.
Menerusi klip video yang sempat dirakam, lelaki tersebut memberitahu penumpang itu dia tidak sepatutnya membaca al-Quran semasa dia duduk di kawasan itu.
“Anda tidak mempunyai kesopanan untuk bertanya kepada saya sama ada boleh melakukannya atau sebaliknya,” tegasnya.
Penumpang tersebut kemudian membalas dia tidak perlu meminta kebenaran lelaki itu.
- Berbogel dari KL ke Johor, tidak jadi: “Saya sesak nafas”
- ‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah
Lelaki itu bertambah marah dengan jawapan yang diterima dan menegaskan penumpang tersebut perlu meminta kebenaran untuk menceroboh privasi di ruang yang didudukinya.
Penumpang tersebut dengan tenang menjawab:”Anda di sana dan saya di sini”.
Penumpang Muslim itu kemudian memuat naik video tersebut dalam media sosial dan menjelaskan dia membaca al-Quran dalam keadaan perlahan dan tidak terlalu kuat.
Malah, ujarnya, dia langsung tidak mengganggu ketenteraman penumpang lain kerana hanya membaca sekadar boleh didengari dirinya sahaja.
“Penumpang di hadapan saya mempunyai masalah apabila saya membaca al-Quran di tempat awam.
“Tiada penumpang lain melainkan dirinya sahaja berasa terganggu. Saya beritahu supaya dia berpindah ke tempat lain sekiranya tertekan atau senyap, namun dia tidak menghiraukan langsung,” jelasnya.