Penjawat awam antara dicekup salah guna dadah di Subang - Utusan Malaysia

Penjawat awam antara dicekup salah guna dadah di Subang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG: Unit Narkotik Polis Subang memberkas sembilan suspek berkaitan penyalahgunaan dadah termasuk seorang daripadanya adalah penjawat awam dari Jabatan Polis Subang.

Lapor Tribunnews, Ketua Polis Subang, Sumarni menjelaskan dua daripada suspek yang ditahan didakwa mengedar barang terlarang di beberapa kawasan di Subang termasuk di Blankan, Cijambe dan Purwadadi.

Katanya, pihak polis berjaya merampas 53 gram dadah jenis methamphetamine, 0.4 liter ganja, peralatan menghisap syabu, pemetik api dan alat penimbang digital.

“Modus operandi bermula dengan arahan dari telefon bimbit, diberikan lokasi, ditampal arahan di tempat tertentu sehingga transaksi secara langsung.

“Selain pegawai kerajaan, suspek lain bekerja sebagai usahawan, pelajar dan bekas banduan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya