Pendaki dibenarkan simpan separuh batu permata yang ditemukan ketika mendaki - Utusan Malaysia

Pendaki dibenarkan simpan separuh batu permata yang ditemukan ketika mendaki

BATU permata itu dibahagikan sama rata antara majlis tempatan dan pendaki yang menemukannya di Mont Blanc. - MAIRIE DE CHAMONIX-MONT-BLANC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Seorang pendaki yang menemukan sejumlah batu permata berharga di glasier Mont Blanc dibnarkan untuk memiliki separuh daripada hasil penemuan itu yang bernilai 150,000 euro (RM714,298).

Lapor CNN, keputusan itu dibuat setelah pihak berkuasa gagal mengesan pemilik asal batu permata berkenaan.

Menurut Majlis Perbandaran Chamonix-Mont-Blanc menerusi satu hantaran di Facebook, pendaki itu menemukan batu nilam dan zamrud di pergunungan Perancis pada 2013 dan kini individu berkenaan dibenarkan untuk menyimpan separuh daripada batu permata tersebut.

Seorang jurucakap majlis itu berkata, pakar batu permata membahagikan jumlah penemuan batu berharga sama rata antara pendaki dengan majlis tempatan dengan masing-masing bahagian bernilai 75,000 euro (RM357,163).

Dalam pada itu, Majlis Perbandaran Chamonix-Mont-Blanc memaklumkan pihaknya akan mempamerkan batu permata tersebut di Muzium Kristal Chamonix.

“Ketika ini, kerja-kerja pengubahsuaian sedang dilakukan di muzium itu dan dijangka dibuka semula pada 19 Disember ini,” jelas majlis tempatan.

Sementara itu, majlis tempatan memaklumkan batu berharga itu dibawa menerusi pesawat Air India Boeing 707, Kanchenjunga yang terhempas di Mont Blanc pada tahun 1966 sehingga mengorbankan 117 orang.

Nahas pesawat itu menjadi subjek teori konspirasi kononnya penerbangan yang membawa perintis program nuklear India, Homi Bhabha, ditembak jatuh oleh jet pejuang atau peluru berpandu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya