Pemaju hartanah China beri amaran risiko pelaburan - Utusan Malaysia

Pemaju hartanah China beri amaran risiko pelaburan

Saham Tahoe Group, pemaju yang sedang bergelut, melonjak 21 peratus pada minggu ini, memberi amaran kepada pelabur terhadap risiko pada Rabu. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Peningkatan mendadak dalam saham hartanah China baru-baru ini telah mendorong beberapa pemaju termasuk Tahoe Group dan Sichuan Languang Development Co. untuk memberi amaran terhadap risiko pelaburan dengan memetik asas yang lemah.

Indeks Hartanah CSI300 China mencecah paras tertinggi dalam dua bulan pada Selasa, dan telah melonjak hampir 20 peratus daripada paras terendah pada November, disokong oleh tanda-tanda pelonggaran dasar.

Saham Tahoe Group, pemaju yang sedang bergelut, melonjak 21 peratus pada minggu ini, memberi amaran kepada pelabur terhadap risiko pada Rabu.

Menurut makluman Tahoe Group, syarikat itu telah gagal membayar pinjaman bernilai AS$7.78 bilion (RM32.77 bilion) pada akhir November.

Mereka kini sedang mencari penyelesaian melalui penstrukturan semula hutang.

Sichuan Languang yang juga telah gagal membayar hutang bernilai AS$4.06 bilion (RM17.10 bilion) berkata, syarikat itu telah membuat sedikit proses dalam penstrukturan semula hutang.

“Buat masa ini, harga saham syarikat telah menyimpang secara mendadak daripada asasnya dan keadaan perniagaan kami terus bertambah buruk,” katanya dalam kenyataan selepas terdapat lonjakan sebanyak 67 peratus dalam harga sahamnya pada bulan ini.

Sementara itu, Beijing Dalong Weiye Real Estate Development Co., yang turut menyaksikan harga sahamnya melonjak lebih 60 peratus setakat bulan ini memberitahu, penilaian sahamnya adalah tiga kali ganda purata industri.

“Kami berharap pelabur akan memberi perhatian kepada risiko pasaran, membuat keputusan yang rasional dan melabur dengan berhemat,” katanya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya