PBB lancar kutipan RM27.3 juta bantu mangsa Taufan Rai - Utusan Malaysia

PBB lancar kutipan RM27.3 juta bantu mangsa Taufan Rai

AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan kempen kutipan dana berjumlah AS$6.5 juta (RM27.3 juta) bagi membantu mangsa bencana Taufan Rai yang melanda Filipina, minggu lalu.

Penyelarasnya, Gustavo Gonzalez berkata, majlis pelancaran itu akan diadakan hari ini di peringkat tempatan dengan kerjasama komuniti antarabangsa mewakili Manila.

Jelasnya, jumlah dana tersebut disasarkan bagi keperluan 530,000 penduduk yang paling terjejas di Filipina yang memerlukan keperluan kesihatan, akses air minuman dan fasiliti kebersihan.

“Kita dapat lihat momentum dan sokongan penuh terhadap usaha ini. Cabarannya kini adalah semua pengumuman dan perpaduan dengan pantas perlu diterjemahkan dalam tindakan konkrit,” katanya.

Taufan Rai yang disifatkan sebagai taufan paling kuat melanda selatan Filipina minggu lalu menyebabkan 375 penduduk maut dan banyak kawasan perkampungan dilanda banjir.-AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya