Palang Merah Singapura sumbang dana bantu mangsa banjir di Malaysia dan taufan di Filipina - Utusan Malaysia

Palang Merah Singapura sumbang dana bantu mangsa banjir di Malaysia dan taufan di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pertubuhan Palang Merah Singapura menyumbang bantuan kemanusiaan sebanyak AS$100,000 (RM422,653) kepada mangsa banjir di Malaysia dan penduduk terjejas akibat Taufan Rai di Filipina.

Lapor Channel News Asia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan Pertubuhan Palang Merah Filipina masing-masing akan menerima sumbangan dana sebanyak
AS$50,000 (RM211,333).

Selain itu, pertubuhan tersebut turut melancarkan kutipan sumbangan awam dan akan diserahkan untuk kegunaan semua mangsa terjejas.

Menerusi kenyataan, organisasi itu memaklumkan, dana yang disumbangkan akan digunakan untuk bantuan perubatan dan kecemasan mangsa, selain keperluan asas seperti makanan dan pakaian di pusat pemindahan sementara.

“Bencana yang berlaku di Malaysia dan Filipina menunjukkan keperluan komuniti global perlu bersatu menangani perubahan iklim.

“Kami memohon agar semua pihak boleh menghulurkan bantuan untuk jiran kita di Malaysia dan Singapura,” kata Setiausaha Agung dan Ketua Eksekutif Palang Merah Singapura, Benjamin William.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya