Pakistan belum sedia iktiraf Taliban - Utusan Malaysia

Pakistan belum sedia iktiraf Taliban

DUA penduduk mengayuh basikal di depan Dataran Abdul Haq yang dihiasi dengan bendera Taliban di Kabul, Afghanistan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Pakistan merupakan antara negara Islam yang menyokong Taliban, namun negara ini belum bersedia untuk mengiktiraf kerajaan pimpinannya di Afghanistan.

Pendirian itu disuarakan oleh Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood Qureshi menjelang sesi khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dianjurkan Islamabad.

“Kami belum membuat keputusan untuk mengiktiraf kerajaan pimpinan Taliban. Saya tidak fikir akan ada pengiktirafan dari peringkat antarabangsa setakat ini.

“Hal ini kerana, komuniti antarabangsa mahu melihat atau menjangkakan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum membuat keputusan,” katanya kepada Arab News.

Kenyataan itu dijangka memberi tamparan kepada Taliban yang ketika ini semakin terdesak untuk mendapatkan pengiktirafan daripada komuniti dunia.

Kegagalan Taliban untuk meyakinkan pemimpin dunia mengiktiraf kerajaan mereka dilihat akan memburukkan lagi krisis kewangan dan hak asasi kemanusiaan di negara itu.

Pentadbiran Taliban di Kabul mendapat persetujuan antarabangsa sejak Ogos lalu, namun bantuan kewangan dari Amerika Syarikat (AS) dan penderma lain ditamatkan selepas 20 tahun Afghanistan menerima faedah tersebut.

Malah, lebih AS$9 bilion (RM37.9 bilion) aset kewangan Afghanistan dibekukan selepas pengambilalihan Taliban.

Dalam pada itu, Shah Mahmood menyatakan, komuniti antarabangsa kini melihat sama ada Taliban boleh menjadi kerajaan inklusif dengan menjaga hak asasi manusia, terutamanya melibatkan golongan minoriti, wanita dan kanak-kanak perempuan.

Katanya, Pakistan sudah memaklumkan kepada kepemimpinan Taliban supaya ‘membuktikan keupayaan mereka’, sekali gus meyakinkan komuniti antarabangsa.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya