MANAGUA: Nicaragua memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan sebagai tanda sokongan terhadap China.
Lapor BBC, situasi terkini itu merupakan ‘kesedihan mendalam’ buat Taiwan kerana Nicaragua sanggup ‘memutuskan hubungan persahabatan yang terjalin sejak bertahun-tahun’.
Keputusan itu mendapat pujian China yang meletakkan syarat kepada mana-mana negara yang mahu menjalinkan hubungan diplomatik perlu memutuskan hubungan dengan Taipei.
Situasi itu berlaku selepas Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) melaungkan seruan demokrasi supaya negara laian ‘meluaskan hubungan dengan Taiwan’.
Senarai negara sekutu antarabangsa taiwan berkurangan daripada 21 kepada 14 negara sejak Presiden, Tsai Ing-wen memegang jawatan pada Mei 2016.
Kementerian Luar Nicaragua menegaskan China hanya mempunyai sebuah negara sahaja.
“Nicaragua hari ini memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan dan tidak lagi mempunyai sebarang hubungan atau hubungan rasmi,” katanya.