Metropolitan idaman rakyat Korea Selatan - Utusan Malaysia

Metropolitan idaman rakyat Korea Selatan

BANDAR metropolitan yang menyediakan pelbagai kemudahan akan dibina di kawasan pergunungan di Seoul.-UNSTUDIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Selatan bakal mempunyai ‘bandar 10 minit’ yang menyediakan semua kemudahan dalam sebuah kawasan penempatan penduduk seperti menara kediaman, taman, hotel, pawagam, perpustakaan dan pejabat.

‘Projek H1’ berkeluasan 50 hektar akan dibina berdekatan kawasan pergunungan di ibu negara, Seoul, berkonsepkan bebas kereta.

Bandar miniatur metropolitan turut menyediakan kawasan pejalan kaki yang luas dengan pemandangan indah di depan pintu rumah.

Selain itu, bandar mesra penduduk tersebut turut menyediakan fasiliti seperti trek pejalan kaki, mendaki tembok, kolam renang serta kemudahan kesihatan yang boleh diakses dengan hanya berjalan kaki.

Bandar pintar itu turut mempunyai pusat beli belah, pusat kegiatan masyarakat dan tadika.

Aras paling bawah menara kediaman lapan tingkat itu direka bagi tujuan komersial, pendidikan dan aktiviti kebudayaan.

Bakal pembeli bakal menikmati pengalaman tinggal di apartmen yang ‘fleksibel dan padat’ dengan harga serta saiz rumah yang berbeza.

Setiap apartmen turut dilengkapi balkoni yang membolehkan penduduk bercucuk tanam selari dengan saranan pemaju yang menggalakkan penduduk menanam tumbuhan dan herba.

Projek itu juga mempunyai kemudahan hidroponik yang melibatkan penanaman tumbuhan tanpa tanah dan konsep pertanian bandar.

Projek perumahan mewah itu akan menghubungkan orang ramai ke Seoul melalui stesen kereta api bawah tanah dan penduduk digalakkan berjalan kaki atau berbasikal di bandar tersebut.

Walaupun berkonsepkan bebas kereta, penduduk masih boleh meletakkan kereta mereka di kawasan parkir bawah tanah.

Projek yang akan dibina di tapak perindustrian akan dibangunkan oleh Hyundai Development Company serta syarikat seni bina Belanda, Unstudio.-AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya